CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 28, 2010

Bau ketiak lelaki penawar stress kepada wanita?? betol kew??!

Mungkinkah Bau Ketiak Lelaki Penawar Stress Kepada Wanita??
Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala stress
yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini sebenarnya muncul dari Bahagian
Biologi Manusia di Universiti Pensylvania beberapa tahun yang lalu. Kajian
yang
dilakukan di sana membuktikan bahawa keringat lelaki buat kaum wanita
boleh menurunkan stress, membantu relaksasi dan mengatur haid.

Seperti dilaporkan dalam Jurnal Biology of Reproduction America sebelum
ini, ekstrak ketiak yang sengaja 'diproses' dari lelaki yang tidak memakai
deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung
wanita boleh 'digoda' dengan bau lawan sejenisnya.
Dalam ujikaji yang
dilakukan itu, parfume semulajadi ini kemudian disapukan ke atas
bibir puluhan wanita berumur 25 hingga 45 tahun. Tentunya tanpa memberi
tahu
bahawa itu adalah dari keringat lelaki dan hanya dihebahkan bahawa
mereka sedang menguji suatu aroma perfume baru.

Enam jam pertama setelah itu, skala mood wanita yang disapu perfume yang
diperbuat dari bibit keringat lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh
unik. Selain boleh meningkatkan mood, perfume ketiak lelaki ternyata dapat
juga membuat wanita menjadi kurang stress.


mr. badd: hehe aku pakai deodoran PLAYBOY Vegas..wangi..


0 comments: